28/08/2017

Pandelela tambah emas kedua peribadi

Pandelela tambah emas kedua peribadi


Pandelela bersama emas kedua yang dimenanginya.

KUALA LUMPUR - Pandelela Rinong cemerlang menuai emas kedua peribadinya di Sukan SEA ke-29 menerusi acara kegemarannya 10 meter platform individu wanita di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu, tidak berdepan masalah untuk mempertahankan emas yang dimenangi dua tahun lalu setelah merekod markah tertinggi 341.65 mata manakala perak menjadi milik penerjun Singapura, Freida Lim Shen (274.65) dan gangsa diraih penerjun muda negara, Kimberly Bong (255.05).