28/08/2017

Malaysia raih emas ke-100 hari ini

Malaysia raih emas ke-100 hari ini


Amy Kwan meraih pingat emas ke-100 untuk Malaysia dalam acara aparatus reben pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini memenangi pingat emas ke-100 pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila Amy Kwan Dict Weng menyumbangkan kilauan emas dalam acara aparatus reben individu gimnastik berirama (Gimrama) .

Gimnas negara itu memperoleh 15.750 mata untuk mengatasi rakan senegara, Koi Sie Yan yang mendapat 14.700 mata untuk pingat emas pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Pingat gangsa menjadi milik gimnas Thailand, Panjarat Prawatyotin dengan 13.700 mata.

Malaysia menyasarkan 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29. - Bernama