TERKINI

Mayat terakhir mangsa tragedi 'kepala air' ditemui

Mayat terakhir mangsa tragedi 'kepala air' ditemui

13/10/2017 9:39pm


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengusung mayat mangsa dikenali sebagai Anis Shahtirah Saad.


LANGKAWI - Mayat terakhir mangsa yang dihanyutkan arus deras dalam tragedi 'kepala air' di Pusat Rekreasi Lubuk Sembilang di sini ditemui kira-kira pukul 4.26 petang ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Shukri Ahmad Husaini berkata, mayat Anis Shahtirah Saad, 12, ditemui di Kampung Bukit Kemboja oleh penduduk kampung.

"Mayat mangsa ditemui di tepi tebing sungai di kampung tersebut iaitu sejauh tujuh kilometer dari tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mayat kanak-kanak tersebut diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31