TERKINI

Atlet Olimpik negara digantung sementara gagal ujian doping

Atlet Olimpik negara digantung sementara gagal ujian doping

13/10/2017 9:30pm


Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Atlet Olimpik negara, Mohd. Hafifi Mansor, telah digantung sementara oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) kerana gagal ujian doping.

Badan angkat berat dunia itu menyatakan penggantungan dibuat selepas dapatan analisis memudaratkan (AAF) sampel urin yang dikembalikan oleh atlet itu mengandungi Oxymetholone, bahan steroid sintetik anabolik dan androgenik.

"Dalam mana-mana kes di mana ia ditentukan bahawa atlet tidak melanggar peraturan antidoping, keputusan yang relevan juga akan diterbitkan. IWF tidak akan membuat apa-apa ulasan lanjut mengenai kes itu sehingga ia diselesaikan," demikian kenyataan IWF yang disiarkan dalam laman web rasminya, www.iwf.net.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS), S. Nishel Kumar mengesahkan penggantungan sementara pemenang emas Sukan Komanwel 2014 itu.

"Adalah terlalu awal untuk memberi komen mengenal perkara ini. Kami akan berhubung dengan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM)," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31