TERKINI

Polis cari tiga lelaki bantu siasatan dua kes bunuh

Polis cari tiga lelaki bantu siasatan dua kes bunuh

13/10/2017 3:10pm


Polis sedang mencari Chun Yuen (kiri), Woon Loong (tengah) dan Nagaraja bagi membantu siasatan dua kes bunuh di Seremban dan Nilai sejak dua tahun lalu.


SEREMBAN - Tiga lelaki dicari polis bagi membantu siasatan dua kes bunuh berasingan di daerah ini dan Nilai sejak dua tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhammad berkata, Seh Woon Loong, 47, dan Wong Chun Yuen, 31, serta K. Nagarajan, 30, dicari bagi membantu melengkapkan siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Woon Loong dan Chun Yuen dipercayai dapat membantu menyelesaikan siasatan kes bunuh seorang lelaki berusia 41 tahun yang maut akibat dipukul di sebuah restoran di Seremban pada April 2015.

"Nagarajan pula dikehendaki bagi membantu melengkapkan siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki berusia 43 tahun di Mantin dekat Nilai pada Mac 2016. Mangsa dilaporkan hilang pada 16 Julai 2015," katanya di pejabatnya di sini hari ini.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki terbabit boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di 06-6033 222 dan IPD Nilai di 06-7581 222.

"Mereka juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) IPD Seremban, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin dan KBSJ IPD Nilai, Asisten Superintendan Rashid Kasim masing-masing di talian 013-2935 122 dan 012-5183 594," katanya. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31