TERKINI

Mayat mangsa ketiga kanak-kanak lemas ditemui tersangkut di rimbunan pokok buluh

Mayat mangsa ketiga kanak-kanak lemas ditemui tersangkut di rimbunan pokok buluh

13/10/2017 3:28pm


Mayat Anis Shahtirah (gambar kecil) ditemui orang awam pada pukul 11.46 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian ini.


LANGKAWI - Mayat mangsa ketiga kanak-kanak yang dihanyutkan arus deras di kawasan air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang di sini ditemui pagi ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Shukri Ahmad Husaini berkata, mayat Anis Shahtirah Saad, 12, ditemui orang awam pada pukul 11.46 pagi.

Katanya, mayat kanak-kanak itu ditemui tersangkut di rimbunan pokok buluh berhampiran sebuah restoran di Ulu Melaka.

"Mayat Anis Shahtirah ditemui kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian," katanya. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47