TERKINI

Jambatan sementara Pulau Setelu tenggelam 22 kali

Jambatan sementara Pulau Setelu tenggelam 22 kali

13/10/2017 12:55pm


Jambatan sementara tersebut teng­gelam apabila hujan lebat berterusan sejak lewat malam tadi.


GUA MUSANG - Pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli yang menggunakan jambatan sementara Pulau Setelu di sini terputus hubungan apabila jambatan itu sekali lagi ditenggelami air sungai yang naik mendadak akibat hujan le­bat, pagi ini.

Jambatan sementara itu teng­gelam mulai pukul 8.36 pagi ini apabila hujan lebat berterusan di kawasan hulu sejak lewat malam tadi.

Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Ismail Ali, 34, berkata, air Sungai Nenggiri itu sudah semakin naik dan melimpahi jambatan sementara menyebabkan berpuluh-puluh kenderaan terkandas.

Katanya, pengguna jalan raya yang ingin melalui jambatan itu untuk ke Jeli terpaksa berpatah balik dan menggunakan jalan alternatif lain.

"Sisa kayu juga turut tersangkut pada jambatan sementara itu setiap kali air sungai naik.

"Selagi jambatan konkrit belum siap, maka penduduk akan berdepan dengan masalah perhubungan terutama pengguna Jalan Gua Musang-Jeli," katanya. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 32