TERKINI

Tiga Laskar Kanan TLDM didakwa bunuh, cedera dua rakan sekerja

Tiga Laskar Kanan TLDM didakwa bunuh, cedera dua rakan sekerja

13/10/2017 12:42pm


Mohd. Izhrifikri (baju jingga belakang), Hamzah (baju jingga hadapan) dan Mohd. Farid (depan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini.


LUMUT - Seorang Laskar Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas tuduhan membunuh dua anggota berpangkat Laskar Kelas 1 di padang latihan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini pada 29 September lalu.

Tertuduh, Mohd. Izhrifikri Roslee, 29, hanya mengangguk faham selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Izhrifikri didakwa membunuh Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, di padang latihan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini antara pukul 10.30 pagi hingga 3.20 petang 29 September lalu.

Sementara itu, dua lagi Laskar Kanan TLDM, Hamzah Zakaria, 35, dan Mohd. Farid Musa, 32, didakwa mendatangkan kecederaan kepada Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailaltuiman masing-masing di hadapan dan pejabat bilik tahanan sama antara pukul 12.30 malam 28 September hingga 10.30 pagi 29 September lalu.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 46