TERKINI

Dua sahabat maut, kereta Proton Persona terbabas di LPT2

Dua sahabat maut, kereta Proton Persona terbabas di LPT2

13/10/2017 12:36pm


Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


KEMAMAN - Dua lelaki yang bekerja sendiri maut selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 2.50 pagi itu, Mohamad Zaiful Azlan Embong, 33 dan Mohamad Nazrul Afda Mat Amin, 21, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan sebahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua sahabat baik itu dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang dari rumah masing-masing di Bukit Payong, Marang.

"Sebaik tiba di lokasi, kereta Proton Persona yang dipandu Mohamad Zaiful Azlan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Sewaktu kejadian, laluan lokasi kejadian dalam keadaan basah akibat hujan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31