TERKINI

Polis tahan beberapa individu miliki kepakaran cipta bahan letupan

Polis tahan beberapa individu miliki kepakaran cipta bahan letupan

13/10/2017 11:25am


MOHAMAD FUZI


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa individu termasuk pelajar sekolah yang dikatakan merancang untuk melakukan serangan dalam negara.

Kumpulan militan yang ditahan di sekitar Kelantan itu juga dipercayai memiliki dan mempunyai kepakaran mencipta bahan letupan.

Difahamkan tangkapan itu dilakukan di beberapa kawasan sekitar Kelantan bermula Selasa lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tangkapan itu namun, enggan menggulas lanjut.

“Ada tangkapan dibuat terhadap beberapa individu yang cuba melakukan serangan dalam negara namun saya tidak boleh dedahkan maklumat lanjut berikutan ia masih dalam proses siasatan.

“Bagi kami (polis) tempoh beberapa hari lagi untuk jalankan siasatan dan satu kenyataan akhbar berhubung tangkapan itu akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31