NEGARA

Dua polis trafik maut kemalangan

Dua polis trafik maut kemalangan


KEADAAN kejadian kemalangan maut melibatkan dua anggota trafik IPD Dungun di Kilometer 139, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan semalam.


KEMAMAN – Dua anggota polis trafik termasuk seorang berketurunan Siam yang sedang berkonvoi dengan 23 anggota lain maut selepas dirempuh oleh sebuah lori di Kilometer 139, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.55 petang itu, Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh Itchang, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said berkata, kedua-dua mangsa merupakan sebahagian daripada 25 anggota polis termasuk tujuh pegawai di Bahagian Siasatan dan Penyiasatan Trafik berkonvoi selepas menjalani latihan dalam perkhidmatan di Mersing, Johor ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori satu tan tanpa muatan dari laluan bertentangan tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan konvoi pasukan polis terbabit sebelum merempuh dua motosikal berkuasa tinggi yang masing-masing ditunggangi mangsa.

“Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua anggota polis trafik berkenaan terhumban sehingga mengalami kecederaan parah yang membawa kepada kematian mereka,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 46