NEGARA

Wanita berhijab antara 46 individu ditahan

Wanita berhijab antara 46 individu ditahan


Wanita berhijab antara kaki judi yang ditahan di Taman Kinrara, Serdang.


SERDANG Taktik sebuah premis perjudian atas talian yang berselindung di sebalik restoran makanan terbongkar selepas 46 individu diberkas dalam satu serbuan di Jalan TK1/11B Taman Kinrara, di sini semalam.

Turut ditahan dalam serbuan yang berakhir pukul 1 pagi itu ialah seorang wanita warga Indonesia lengkap mengenakan hijab yang sedang leka berjudi.

Pegawai Turus Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ketika serbuan dijalankan, premis tersebut dijaga empat lelaki warga Bangladesh manakala 42 pelanggan pula sedang leka berjudi.

Katanya, premis tanpa lesen yang baru beroperasi dua hari itu berselindung di sebalik restoran makanan bagi mengaburi mata pihak polis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31