NEGARA

Ustaz Zamihan direman dua hari

Ustaz Zamihan direman dua hari


PERINTAH tahanan reman selama dua hari dikeluarkan ke atas Zamihan yang kini ditahan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur sejak kelmarin.


KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya yang mengaitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor Sabtu lalu.

Pe­ngarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, permohonan tahanan reman itu dilakukan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut terhadap Zamihan.

“Zamihan ditahan reman dua hari dan siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Tahanan reman terhadapnya bermula hari ini (semalam) untuk pihak polis mengambil keterangan lanjut berhubung ceramahnya yang mengkritik Sultan Johor,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31