NEGARA

Penghormatan buat nelayan

Penghormatan buat nelayan


Sekumpulan kanak-kanak tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan bot nelayan sempena program GNN 2017 semalam


KEMAMAN – Program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini merupakan penghormatan besar terhadap golongan tersebut yang sebelum ini sering dianggap sebagai wira tidak didendang.

Pengerusi Nekmat, Ahmad Rudin Hussain berkata, penganjuran GNN bukan sahaja bertujuan untuk meraikan sumbangan nelayan terhadap negara malah diharap mampu mengubah stigma masyarakat terhadap kerjaya sebagai nelayan.

“Pengunjung GNN dapat mengetahui kehidupan harian nelayan di laut dan daratan menerusi 66 aktiviti yang telah diaturkan sepanjang penganjuran program tersebut sehingga Sabtu ini (esok).

“Golongan nelayan pula boleh mempelajari teknologi baharu penangkapan ikan selain mendapatkan perkhidmatan ditawarkan kepada mereka di gerai-gerai pameran agensi kerajaan dan swasta,” katanya ketika ditemui di tapak program GNN di Pantai Kuala Kerteh dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31