AURA JUITA

Larnie Scarves lebarkan sayap ke pasaran antarabangsa

Larnie Scarves lebarkan sayap ke pasaran antarabangsa


Pengguna tampak lebih bergaya ketika menggayakan Larnie Scarves.


Melebarkan sayap ke pasaran luar negara pastinya menjadi satu impian bagi mana-mana label fesyen dan pencapaian tersebut kini menjadi satu testimoni terhadap jenama tudung bawal rekaan khas (custom printed), Larnie Scarves.

Biarpun baru setahun berada di pasaran tempatan, sambutan memberangsangkan yang diterima terhadap jenama tersebut membuatkan ia berjaya menembusi beberapa negara di Asia Tenggara.

Pengasas Larnie Scarves, Isdartiah Muhammad Rais berkata, tudung keluaran syarikatnya itu kini boleh dibeli pengguna di Brunei, Singapura dan Thailand.

“Kami bersyukur kerana rekaan tudung kami mendapat sambutan daripada pengguna dan ia sekali gus membuka ruang bagi Larnie Scarves untuk menembusi pasaran negara tersebut.

“Contohnya di Brunei, permintaan yang diterima amat menggalakkan. Tambahan pula, kira-kira 20 orang ejen yang berada di negara itu membuatkan kehadiran Larnie Scarves lebih dirasai pengguna di sana,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Beliau berkata, ada dalam kalangan ejen berkenaan juga menempatkan tudung Larnie Scarves di butik-butik vendor tempatan, menjadikan ia lebih mudah dicari oleh pengguna.


LARNIE SCARVES menggunakan material berkualiti tinggi.


Menurut Isdartiah, mereka kini berjaya menjual antara 300 hingga 400 helai tudung di Brunei sejak ia mula menembusi pasaran negara tersebut pada Februari lalu.

“Berkenaan di Singapura dan Thailand pula, kami sedang dalam usaha untuk menarik perhatian pengguna di negara berkenaan agar mereka menjadi ejen Larnie Scarves.

“Ini kerana negara-negara tersebut turut memiliki peminat Larnie Scarves, justeru dengan kehadiran ejen-ejen itu nanti memudahkan lagi pengguna mendapat tudung keluaran kami,” katanya.

Beliau memberitahu, tudung keluaran mereka memiliki rekaan yang unik kerana ia memberi penekanan kepada corak abstrak bangunan dan alam.

Tambahan pula, ujar Isdartiah, tudung mereka turut dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM49 hingga RM55, malah material digunakan juga berkualiti tinggi seperti satin.

“Orang ramai yang ingin menjadi ejen Larnie Scarves hanya perlu melaburkan RM190 sebagai modal permulaan yang mana mereka akan diberikan 10 helai tudung.

“Maklumat lanjut berkenaan produk kami boleh didapati di laman Facebook Larnie Scarves HQ, Instagram

@larniescarves dan laman web www.larnieboutique.com.

“Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian 016-442 1445, 016-449 1445 dan 016-222 0302,” katanya.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 32