AURA JUITA

Membentuk tudung lebih mudah dengan Mrs. Iron

Membentuk tudung lebih mudah dengan Mrs. Iron


Produk semburan ini dibuat menggunakan kanji dan air.


Menggosok tudung adalah suatu rutin yang sinonim dengan pengguna wanita, namun adakalanya ia menjadi satu tugasan harian yang tidak digemari oleh mereka.

Ini kerana terdapat fabrik yang membuatkan ia sukar untuk digosok, sekali gus menyukarkan tudung berkenaan sukar untuk digayakan kerana tidak dapat dibentuk mengikut kehendak pengguna.

Menyedari tentang isu berkenaan, sebuah syarikat tempatan, Jatek Enterprise memperkenalkan produk semburan mereka iaitu Mrs. Iron kepada pengguna.

Pengasasnya, Nurfitriah Azman atau lebih dikenali sebagai Kak El berkata, produk berasaskan cecair itu membantu proses menggosok pakaian, malah memudahkan pengguna menggayakan tudung mereka.

“Kita sedia maklum bahawa bahagian awning tudung perlu dibentuk agar ia tampak terletak pada wajah pengguna. Menerusi penggunaan Mrs. Iron, bahagian awning itu akan menjadi sedikit keras memudahkan tudung dibentuk dengan sempurna mengikut kehendak mereka.

“Bahagian awning itu menjadi mudah lentur berkekalan bentuknya kerana Mrs. Iron dirumus menggunakan kanji dan air. Campuran kedua-dua bahan tersebutlah yang menjadikan awning mudah dibentuk dan tahan lama,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Kak El berkata, pengguna tidak perlu bimbang mengenai kesan sampingan akibat penggunaan cecair semburan tersebut kerana ia bebas daripada bahan berbahaya.

Jelas beliau, aspek tersebut menjadi kekuatan kepada Mrs. Iron kerana produk serupa yang terdapat di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya, sekali gus memberi kesan kepada fabrik pakaian pengguna.


MRS. IRON tidak akan merosakkan fabrik pakaian.


“Perlu dimaklumkan juga, Mrs. Iron bukanlah produk khusus bagi menggosok tudung semata-mata kerana ia boleh digunakan pada semua jenis pakaian tidak kira jenis fabrik digunakan.

“Kami menjual produk itu pada harga RM20 di Semenanjung Malaysia dan RM25 (Sabah dan Sarawak). Harga itu tidak termasuk kos penghantaran,” katanya yang turut memberitahu, Mrs. Iron didatangkan dalam botol bersaiz 450 mililiter.

Menurut Kak El, produk berkenaan itu juga menjimatkan wang pengguna kerana ia boleh bertahan antara sebulan hingga tiga bulan lamanya, bergantung kepada cara penggunaan mereka,

“Sejak ia mula dipasarkan, Mrs. Iron mendapat maklum balas positif daripada pengguna kerana ia ternyata memudahkan mereka menggayakan tudung masing-masing.

“Jadi, orang ramai yang ingin menjimatkan masa terutamanya dalam aspek penggayaan diri, bolehlah mencuba produk keluaran syarikat kami,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang ingin membeli Mrs. Iron boleh mendapatkan khidmat ejen Jatek Enterprise ataupun membuat pembelian secara online.

Pada masa sama, katanya, pihaknya juga membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menambah pendapatan untuk menjadi ejen syarikatnya dan mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Jatek Enterprise.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47