AURA JUITA

Serum Pecah Lemak bantu langsingkan badan

Serum Pecah Lemak bantu langsingkan badan


SERUM ini dijual pada harga RM50 sebotol.


Melangsingkan kembali tubuh memerlukan disiplin yang tinggi kerana ia memerlukan komitmen daripada seseorang, terutamanya apabila ia melibatkan regimen senaman dan amalan pemakanan sihat.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu-satunya kaedah untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana terdapat pelbagai alternatif bagi pengguna untuk kembali langsing.

Sebuah syarikat tempatan, Cempaka Putih Herbs yang diasaskan oleh Hida Mat Rani menawarkan produk pelangsingan badan iaitu Serum Pecah Lemak.

Bernaung di bawah label Jamu Bidan, Serum Pecah Lemak berfungsi untuk membakar lemak pada tubuh, sekali gus membantu pengguna mendapatkan berat badan yang ideal.

Katanya, serum tersebut mendapat khasiat daripada pelbagai bahan yang sinonim dengan produk kesihatan tradisional seperti halia.

Begitupun, ujarnya, produk tersebut tidak berbau seperti halia, namun memiliki bau yang menyegarkan.

“Selain halia, kami juga menggunakan rumpai laut, minyak lavender dan minyak jojoba. Kami percaya dengan penggunaan bahan-bahan tersebut, ia boleh membantu pengguna mendapatkan kembali berat badan asal mereka,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hida berkata, produk yang telah berada di pasaran sejak September 2015 itu dibuat menggunakan kaedah tradisional sepenuhnya.

Jelasnya, orang ramai yang menggunakan produk tersebut boleh merasai kesannya setelah menggunakan Serum Pecah Lemak selama seminggu secara konsisten.

“Produk itu juga mesra ibu yang menyusukan bayi kerana ia tidak panas, jadi serum itu tidak akan memberikan sebarang kesan sekiranya terkena pada bayi.

“Antara khasiat lain serum itu adalah ia membantu mengurangkan angin pada badan, mengurangkan selulit serta melembutkan kulit,” katanya.

Hida berkata, Serum Pecah Lemak mudah untuk digunakan kerana orang ramai cuma perlu menyapu serum tersebut pada bahagian yang diingini.

“Bagaimana, jangan menyapu terlalu banyak kerana serum itu pekat. Setelah sapunya pada kulit, biarkan ia meresap dan pengguna boleh terus merasai serum itu membakar lemak mereka,” katanya.

Tambahnya, produk tersebut yang sesuai diamalkan pengguna lelaki dan wanita boleh digunakan pada wajah kerana ia membantu dalam menampakkan efek dagu yang lebih runcing.

Beliau memberitahu, Serum Pecah Lemak dijual pada harga RM50 di Semenanjung Malaysia, RM55 (Sabah dan Sarawak) dan RM60 (Brunei dan Singapura).

“Orang ramai disarankan untuk menggunakan serum itu sebanyak dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan malam. Mereka yang ingin mendapatkan Serum Pecah Lemak boleh menghubungi kami atau bertemu dengan stokis dan ejen Jamu Bidan yang berdaftar,” katanya.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 46