TERKINI

Tawaran istimewa Moto G5 Plus hanya di Lazada

Tawaran istimewa Moto G5 Plus hanya di Lazada

25/09/2017 6:30pm


Setiap pembelian Moto G5 Plus akan diberikan hadiah percuma bernilai RM676.


KUALA LUMPUR Jenama telefon pintar terkemuka, Motorola menawarkan pakej istimewa bagi peranti paling laris dan berbaloi untuk dimiliki keluarannya, Moto G5 Plus bermula hari ini hingga 2 Oktober depan.

Peranti yang boleh didapati dalam warna emas Fine Gold dan kelabu Lunar Gray itu ditawarkan pada harga istimewa RM1,099 dengan beberapa hadiah percuma bernilai RM676.

Hadiah percuma yang akan diberikan bersama pembelian peranti tersebut adalah terdiri daripada penutup flip, fonkepala, jaminan lanjutan, dan perlindungan kerosakan akibat kemalangan.

Tawaran menarik tersebut hanya boleh didapati di kedai online rasmi Motorola Malaysia di laman Lazada.com.my.

Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran tersebut boleh melayari laman web Motorola Malaysia di www.moto.com/my atau Facebook rasmi di www.fb.com/MotorolaMalaysia. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47