TERKINI

ERL jalin usaha sama dengan AirAsia tawar tambang istimewa tren KLIA Ekspres

ERL jalin usaha sama dengan AirAsia tawar tambang istimewa tren KLIA Ekspres

25/09/2017 3:56pm


Tambang istimewa tren KLIA Ekspres pada harga RM48 sehala dan RM88 bagi perjalanan pergi balik.


KUALA LUMPUR - Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) menjalin usaha sama dengan AirAsia bagi menawarkan tambang istimewa tren KLIA Ekspres pada harga RM48 sehala dan RM88 bagi perjalanan pergi balik untuk penumpang syarikat penerbangan itu mulai 21 September lalu.

Penumpang kini boleh menempah tiket masing-masing untuk pemindahan terpantas Kuala Lumpur menerusi laman web AirAsia, menjadikannya penyelesaian sehenti, kata ERL dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan penyertaan KLIA Ekspres, penumpang AirAsia kini mudah mengurus dan merancang perjalanan mereka menerusi satu laman," kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Pemasaran dan Jualan ERL, Yeow Wei-Wen.

Perjalanan antara KL Sentral dan KLIA2 hanya mengambil masa 33 minit.

Tambang Istimewa bagi kanak-kanak (dua hingga 12 tahun) KLIA Ekspres pada RM22 sehala dan RM40 bagi perjalanan pergi-balik juga ditawarkan menerusi laman itu.

Ketua Komersial AirAsia Bhd., Spencer Lee berkata, menerusi usaha sama baharu ini, ahli AirAsia BIG akan memperoleh 100 mata BIG ke atas pembelian setiap tiket dewasa sehala KLIA Ekspres dan 200 mata BIG untuk tiket dewasa pergi balik.

Tawaran Mata BIG AirAsia ini hanya sehingga 20 Oktober depan.

Penumpang boleh membeli tiket KLIA Ekspres ini menerusi airasia.com di muka surat Manage My Booking. - Bernama

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47