TERKINI

Bencana banjir di Perlis semakin pulih

Bencana banjir di Perlis semakin pulih

25/09/2017 12:03pm


Dua mangsa banjir terakhir di Padang Besar yang pulang semula ke kediaman selepas banjir di daerah itu semakin pulih semalam.


KANGAR - Bencana banjir di Perlis semakin pulih iaitu 414 keluarga merangkumi 1,448 mangsa masih menetap di 11 pusat pemindahan banjir berdasarkan rekod Jabatan Pengurusan Banjir Negeri Perlis setakat pukul 8.45 pagi hari ini.

Malah, cuaca cerah di seluruh Perlis sepanjang dua hari bermula semalam.

Dalam pada itu, sebanyak 13 pusat pemindahan telah ditutup dengan enam dari di Padang Besar dekat sini.

Pusat pemindahan di Padang Besar yang telah ditutup ialah Batu Bertangkup, Masjid Banggol Sena, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Jaafar Hassan, MRSM Beseri, Pusat Khidmat Mata Ayer dan Dewan Orang Ramai Titi Tinggi.

Sementara itu, di sini, pusat pemindahan yang telah ditutup ialah Dewan Orang Ramai Repoh.

Dalam perkembangan sama, di Arau dekat sini, pusat pemindahan yang ditutup ialah Dewan Titi Besi, Dewan Orang Ramai Padang Nyu, Dewan Orang Ramai Bumbung Lima, SK Kubang Gajah, MADA Guar Sanji dan Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC) Hwa Aik. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31