TERKINI

Sindiket dadah, ubat tiruan di Pulau Pinang tumpas

Sindiket dadah, ubat tiruan di Pulau Pinang tumpas

25/09/2017 11:10am


Roslee Chik (tengah) pada sidang akhbar rampasan dan tangkapan sindiket dadah di IPK Pulau Pinang di sini sebentar tadi.


GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket memproses pil ekstasi serta ubat tiruan membabitkan pasangan adik beradik di dua lokasi berasingan di Bukit Mertajam di sini dan Kuala Lumpur 21 September lalu.

Suspek lelaki dan wanita itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dalam operasi mulai pukul 5.30 petang.

Serbuan di sebuah rumah teres di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam telah membongkar sebuah makmal memproses dan membungkus pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM769,250.

Turut ditemui adalah mesin dan ubat-ubatan tiruan yang telah diproses serta sedia dipasarkan.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Roslee Chik pada sidang akhbar sebentar tadi berkata, kedua-dua suspek berusia 46 dan 46 tahun kini ditahan reman sehingga 28 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47