NEGARA

7 pengganas Abu Sayyaf diberkas

7 pengganas Abu Sayyaf diberkas




KUALA LUMPUR – Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman menahan tujuh lelaki warga Filipina yang dipercayai pengganas kumpulan Abu Sayyaf dalam satu operasi khas di sekitar ibu negara pada Khamis lalu.

Kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 38 tahun itu ditahan susulan daripada serbuan dilakukan ke atas sel sama pada 30 Ogos lalu yang merancang untuk melancarkan serangan pada upacara penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan perbarisan Hari Kebangsaan ke-60.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua suspek terbabit bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa syarikat swasta di Lembah Klang dan menyeludup masuk ke negara ini pada September 2015.

“Semua suspek didapati menyeludup masuk ke negara ini melalui Sandakan, Sabah sebelum berlepas ke Kuala Lumpur menggunakan dokumen perjalanan palsu.

“Selain itu, hasil siasatan mendapati salah seorang daripada tujuh suspek itu pernah terbabit dalam pertempuran dengan tentera Filipina, selain terbabit dalam aktiviti penculikan di selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47