NEGARA

Dadah bernilai RM23.7j dilupuskan

Dadah bernilai RM23.7j dilupuskan


Mazlan (kiri) meneliti sebahagian dadah yang akan dilupuskan pada pelancaran majlis pelupusan barang kes dadah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Polis Selangor melupuskan 917 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis termasuk sebuah mesin pemprosesan dadah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM23.7 juta semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk ­Mazlan Mansor berkata, kesemua dadah itu merupakan barang kes dari tahun 1990 hingga 2014 yang berjaya diselesaikan dan mendapat kebenaran daripada mahkamah.

Katanya, proses pelupusan dadah akan dilakukan di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Kualiti Alam Sdn. Bhd menggunakan sistem insinerator.

“Sebanyak 13 jenis dadah dilupuskan iaitu ganja, syabu, roche, candu, heroin, Erimin 5, ekstasi, ketamin, morfin, caffeine, pseudoepherine, diphenylhydramine dan methadone. Turut dimusnahkan adalah sebuah mesin memproses dadah jenis pil ekstasi.

“Ini merupakan pelupusan barang kes fasa kedua dengan fasa pertama dilakukan pada Januari lalu melibatkan 3,206 barangan dadah bernilai RM4.5 juta di Rawang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31