NEGARA

Malaysia kecam sikap Myanmar

Malaysia kecam sikap Myanmar




MANILA – Malaysia semalam membuat kenyataan tegas yang mempersoalkan sikap dan cara pemerintah Myanmar menangani isu Rohingya hingga sanggup menafikan permintaan masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan kemanusiaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, Malaysia yang tidak berhasrat mencampuri urusan negara berkenaan sebenarnya tidak dapat me­nerima tindakan keras Myanmar itu.

“Soal keselamatan adalah soal dalam negara mereka dan Malaysia tidak berhajat untuk campur tangan. Namun, kita mahu sebagai negara yang menuju negara demokratik maka sistem demokrasi hendaklah dilaksanakan,” kata­nya kepada pemberita Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-11 di sini yang berlangsung sejak Selasa lalu dan berakhir semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47