NEGARA

Ibu bapa suspek boleh dihukum

Ibu bapa suspek boleh dihukum


TRAGEDI kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur Khamis lalu dipercayai angkara sekumpulan remaja yang mahu membalas dendam.


KUALA LUMPUR – Ibu bapa atau penjaga suspek yang terlibat dalam kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung dekat sini sehingga mengorbankan 23 mangsa bakal berdepan hukuman denda atau perlu membayar sejumlah pampasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Aza­lina Othman Said (gambar kecil) berkata, Sek­syen 94 Akta Kanak-Kanak 2001 telah memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

“Tiada mana-mana individu yang boleh mengatasi undang-undang dan suspek yang terlibat dalam kes tersebut akan diadili mengikut undang-undang sedia ada.

“Saya berharap insiden berkenaan dijadikan pengajaran kepada semua pihak khususnya ibu bapa dalam membendung kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31