DUNIA

Korea Selatan hantar bekalan kemanusiaan RM33.6 juta ke Pyongyang

Korea Selatan hantar bekalan kemanusiaan RM33.6 juta ke Pyongyang


AP - Myoung-gyon (tengah) mempengerusikan satu mesyuarat antara agensi mengenai bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara di kompleks kerajaan di Seoul semalam.


SEOUL – Korea Selatan semalam meluluskan satu pelan untuk menghantar bantuan kemanusiaan bernilai AS$8 juta (RM33.6 juta) ke Korea Utara di sebalik krisis semakin meruncing di Semenanjung Korea.

Kementerian Penyatuan Korea Selatan menyatakan polisi bantuan yang diamalkan pihaknya tidak terjejas oleh ketegangan geopolitik dengan Korea Utara dan tarikh tepat kiriman serta jumlah bantuan itu akan diputuskan kemudian.

Seoul menyatakan pihaknya berhasrat menghantar bantuan barangan nutrisi untuk kanak-kanak dan wanita mengandung berjumlah AS$4.5 juta (RM18.9 juta) di bawah Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Baki bantuan membabitkan vaksin dan rawatan perubatan berjumlah AS$3.5 juta (RM14.7 juta) menerusi Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF).

“Kami secara konsisten menyatakan bahawa pihak kami akan meneruskan bantuan kemanusiaan untuk Korea Utara dengan mengambil kira keadaan buruk dialami kanak-kanak dan wanita mengandung di situ, selain isu politik,” kata Menteri Penyatuan Korea Selatan, Cho Myong-gyon.

Kali terakhir Korea Selatan mengirim bantuan ke Korea Utara adalah pada Disember 2015 menerusi Dana Populasi PBB (UNFPA).

Keputusan tersebut tidak digemari rakyat Korea Selatan pada masa sama menimbulkan kebimbangan Jepun dan Amerika Syarikat selepas pengumuman sekatan baharu oleh Majlis Keselamatan PBB ekoran ujian nuklear Korea Utara awal bulan ini. – Reuters

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31