DUNIA

Penyelamat dikerah cari mangsa di bawah runtuhan

Penyelamat dikerah cari mangsa di bawah runtuhan


AFP - PASUKAN penyelamat, bomba, polis, tentera dan sukarelawan berusaha mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan di Bandar Raya Mexico kelmarin.


BANDAR MEXICO – Pasukan keselamatan semalam bertungkus-lumus mencari mangsa di bawah runtuhan selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud menyebabkan kematian kira-kira 233 orang.

Bomba, polis, tentera dan sukarelawan dikerah membersihkan kesan runtuhan di tempat kejadian yang berulang susulan gempa bumi kedua bulan ini.

Pencarian yang paling sukar melibatkan sebuah sekolah di selatan Bandar Mexico yang menyaksikan 21 kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 13 tahun dan lima orang dewasa terbunuh dalam runtuhan. Dipercayai ramai lagi kanak-kanak yang masih hilang.

Pasukan keselamatan cuba mencari kanak-kanak tersebut yang dipercayai masih hidup di bawah runtuhan pada awal pagi semalam, kira-kira 36 jam selepas gempa bumi. Mereka menggunakan alat pengesan terma bagi mengesan tanda-tanda individu masih ber­nyawa di beberapa lokasi.

“Mereka masih hidup! Masih hidup! Seseorang menendang dinding beberapa kali di satu tempat dan terdapat tindak balas kepada isyarat cahaya,” ujar sukarelawan Perlindungan Awam, Enrique Garcia, 37.

Datuk Bandar Mexico, Miguel Angel Mancera memberitahu stesen televisyen tempatan, Televisa TV bahawa 39 bangunan di ibu negara runtuh. Pencarian masih diteruskan tetapi lima pasukan penyelamat mengesahkan tiada yang terperangkap.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto melawat kawasan yang teruk dilanda gempa dan mengumumkan tempoh tiga hari berkabung.

“Keutamaan tetap menyelamatkan nyawa,” ujarnya dalam satu kenyataan sambil menegaskan bahawa masih terdapat harapan untuk membawa keluar mangsa dari dalam runtuhan. – AFP

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31