VARIA

Lebih 100 kanak-kanak terima kasut Crocs

Lebih 100 kanak-kanak terima kasut Crocs


MALINI (dua dari kiri) mewakili penghuni Rumah Kanak-Kanak Impian menerima sumbangan kasut Crocs daripada Alex di Pusat Beli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SEMPENA ulang tahun ke-15 Crocs, lebih 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dari empat buat rumah perlindungan dihadiahkan sepasang kasut jenama antarabangsa itu.

Ia merupakan sebahagian daripada misi Crocs untuk menyumbang kembali kepada komuniti tempatan yang memberi sokongan kepada jenama kasut kasual inovatif itu selama ini.

Crocs berhasrat menampilkan kelainan untuk ulang tahun kali ini menerusi sumbangan kasut kepada golongan yang memerlukan di seluruh dunia.

Justeru, jenama tersebut bekerjasama dengan beberapa organisasi tempatan untuk mengenal pasti dan menyelaraskan sumbangan derma kasut kepada mereka yang kurang bernasib baik itu.

Di Lembah Klang, empat buah rumah perlindungan komuniti bertuah itu ialah Rumah Charis, Rumah Harapan, Rumah Kanak-Kanak Impian dan Rumah Ozanam. Di Malaysia, Crocs diedarkan syarikat Penang Medical Supplies Sdn. Bhd. (PMS)

Ketua Pegawai Eksekutif PMS, Teh Teong Ei berkata, usaha menyumbang kembali kepada masyarakat telah menjadi sebahagian budaya dan nilai murni yang dititikberatkan oleh Crocs. Pihaknya berbesar hati untuk menjayakan program sumbangan derma kasut ini kerana ia adalah sebahagian daripada komitmen mereka.

“Sebagai pengedar rasmi Crocs di Malaysia, kempen amal ini memberi peluang kepada kami menyebarkan kegembiraan kepada kanak-kanak untuk menikmati pelbagai gaya terkini dengan keselesaan kasut ini.

“Pada awal tahun ini, menerusi kempen yang kami jalankan iaitu Come As You Are, ia telah menjadi medium terbaik untuk meraikan keunikan dan memberi inspirasi kepada individu untuk berasa selesa dengan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengurus Operasi PMS, Alex Chong berkata, sepanjang 15 tahun ini, jenama Crocs tidak pernah lari daripada identitinya dan sentiasa memberi sesuatu yang baharu kepada pelanggan dengan objektif memberikan keselesaan kepada pengguna termasuk kanak-kanak.

“Sebagai rekod, lebih 350 juta pasang kasut telah dijual di lebih 90 buah negara sejak Crocs ditubuhkan pada tahun 2002,” ujarnya.

Sementara itu, Pentadbir Rumah Kanak-Kanak Impian, Petaling Jaya, Selangor, Malini Rama berkata, pihaknya sangat gembira apabila berpeluang menerima tajaan kasut jenama yang berkualiti seperti Crocs untuk penghuni-penghuni rumah tersebut.

“Kanak-kanak dari rumah perlindungan ini tidak pernah merasa keseronokan menyarungkan kasut dari jenama hebat seperti ini.

“Kesempitan hidup seramai 39 kanak-kanak ini tidak memberikan kesempatan untuk mereka membeli sendiri koleksi kasut diimpikan. Jadi, peluang menerima sumbangan Crocs ibarat impian menjadi kenyataan buat kanak-kanak ini dan mereka tidak henti-henti berkongsi kegembiraan,” katanya.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31