DUNIA

Taufan Maria hampiri Kepulauan Virgin AS

Taufan Maria hampiri Kepulauan Virgin AS


AFP - SEBATANG pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Kampung Viard dekat bandar Pointe-a-Pitre selepas Taufan Maria membadai Kepulauan Guadeloupe di Laut Caribbean kelmarin.


PULAU ST JOHN, Laut Carribean – Taufan Maria menghampiri Kepulauan Virgin Amerika Syarikat (AS) lewat kelmarin selepas Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) memberi amaran bahawa ribut itu berpotensi mencetuskan malapetaka dahsyat.

Taufan Maria mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terkorban di rantau Caribbean.

Angin selaju 255 kilo­meter sejam telah membadai beberapa pulau milik AS ketika Taufan Maria bergerak menghala ke barat dan diramalkan tiba di daratan semalam sebelum menuju ke Puerto Rico.

“Persediaan untuk menghadapi ancaman kenaikan paras laut, hujan, banjir dan angin kuat perlu disiapkan segera,” kata NHC yang memberi amaran, pusat taufan Kategori Lima itu menghampiri St Croix, salah sebuah pulau dalam Kepulauan Virgin AS.

Di Pulau St John, penduduk tempatan melaporkan melihat pokok-pokok condong ditiup angin semasa ketibaan Maria selepas ia membadai Pulau Dominica dan wilayah lain di Laut Caribbean.

Taufan Maria meragut dua nyawa di wilayah Perancis, Guadeloupe di mana dua lagi mangsa hilang.

Seorang penduduk maut dihempap pokok tumbang ketika taufan kuat itu membadai kepulauan di Caribbean, kata pihak berkuasa, manakala seorang lagi mati di tepi pantai. – AFP

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 47