STAILO

Keselesaan baju-T labuh potongan feminin

Keselesaan baju-T labuh potongan feminin


REKAAN feminin memberi pilihan kepada wanita untuk bergaya dengan baju-T.


IKLIM panas dan lembap sepanjang tahun di negara ini menjadikan fabrik pakaian yang selesa dan sesuai untuk pelbagai acara sentiasa menjadi pilihan.

Disebabkan itu, Wafiyya by Dollscarf yang sangat prihatin dengan keadaan cuaca dan cita rasa wanita menampilkan fabrik kain kapas yang berkualiti tinggi dalam pengeluaran pakaian rekaannya termasuk baju-T.

Menurut pemilik jenama itu, Huda Ibrahim, fabrik yang selesa menjadi keutamaan pihaknya sejak beroperasi lima tahun lalu.

“Baju-T sangat popular dalam kalangan masyarakat kita terutamanya golongan lelaki. Ia juga digemari oleh golongan wanita tetapi rekaannya yang terbatas menyukarkan mereka untuk memilih baju-T yang bersesuaian dengan bentuk tubuh dan memenuhi cita rasa masing-masing.

“Menerusi koleksi Wafiyya saya tampilkan baju-T wanita dengan rekaan menarik, berpotongan feminin dan paling istimewa ia sesuai digayakan secara kasual,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Huda turut memberitahu, baju-T keluarannya juga berekaan khas yang memudahkan ibu menyusu bayi di sampung poket tersembunyi di sisi kiri dan kanan.

Katanya, fabrik koleksi Wafiyya juga tidak jarang dan didatangkan dengan pelbagai warna yang sangat ideal dan disukai ramai.


Semua wanita boleh menggayakannya tanpa mengira bentuk badan atau usia.


“Kebanyakan pelanggan kami mahukan gaya santai untuk beriadah, membeli-belah, dan keluar makan bersama teman-teman.

“Selain itu, koleksi ini turut menjadi pilihan untuk perjalanan yang jauh seperti bercuti atau pulang menziarahi keluarga.

“Istimewanya juga busana ini tidak melekat di badan dan rekaannya lebih labuh. Baju ini tidak perlu digosok kerana sifat fabriknya yang tidak mudah berkedut. Ia juga begitu selesa dipakai kerana tidak berasa melekit jika berpeluh,” terangnya.

Koleksi Wafiyya juga sesuai digayakan oleh semua lapisan usia dan masyarakat dan termasuklah para pelajar untuk menghadiri kuliah.

Busana ini ditawarkan dalam pelbagai saiz bagi membolehkan semua wanita menggayakannya tanpa mengira bentuk badan.

Bermula daripada saiz XS hingga 4XL, ia pasti mencetuskan keriangan apabila digayakan secara seragam ketika mengikuti aktiviti berkumpulan atau rombongan.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31