STAILO

Persalinan gaun pengantin istimewa daripada tisu

Persalinan gaun pengantin istimewa daripada tisu

Nurita mengambil masa hampir tiga minggu untuk menyiapkan gaun pengantin daripada tisu itu.


Setiap wanita menginginkan momen perkahwinan yang sempurna, sama seperti bakal pengantin Shervyn Chua.

Setelah menjalin hubungan cinta selama hampir 11 tahun bersama kekasihnya, Anthony Wong, Shervyn mahu mengabadikan kisah mereka menerusi majlis perkahwinan istimewa.

Sungguhpun demikian, dia juga mahu tampil berbeza daripada pasangan pengantin lain.

Mujur pasangan tersebut disunting oleh syarikat pengeluar tisu, Vinda Deluxe untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran produk tisu baharu jenama itu di Malaysia sambil diberikan sentuhan pereka fesyen terkenal, Nurita Harith.

Shervyn ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa girangnya.

“Pengalaman ini sememangnya sangat indah dan saya berasa sangat bertuah kerana dapat menyarung gaun perkahwinan Vinda Deluxe yang unik ini.

“Saya boleh berbangga kerana tiada gaun lain yang seumpama ini di dunia.

“Saya dan Anthony berbesar hati dapat menjadikan majlis perkahwinan kami sebahagian daripada pelancaran Vinda Deluxe di Malaysia,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Ia lantas menjadi kenangan paling manis dalam hidup mereka.

Nurita mencipta kelainan dalam industri fesyen di Malaysia dengan menggunakan lapisan dan juntaian fabrik yang indah daripada tisu.

Setiap wanita yang memakai rekaannya pasti nampak lebih feminin dan berkeyakinan.

Kali ini, gaun perkahwinan unik rekaan beliau memberi nafas baharu kepada rekaan sedia ada di Malaysia.

Gaun perkahwinan yang istimewa itu menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan tisu Vinda Deluxe.

Lembut

Ciri tisu yang teguh dan lembut itu juga menjadi sebahagian daripada detik-detik istimewa pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Pereka busana feminin dan minimalis tempatan terkemuka, Nurita mengambil masa hampir tiga minggu untuk menyiapkan gaun tersebut.

Ia termasuk proses lakaran awal hingga proses percubaan bagi memastikan gaun yang direka itu tidak mudah rosak.

“Menghasilkan gaun ini sememangnya sukar kerana sebahagian besar fabrik yang digunakan adalah daripada tisu.

“Disebabkan ini merupakan pengalaman pertama kali saya mereka gaun daripada tisu, saya perlu teliti dalam aspek jahitan dan mencuba dahulu beberapa kali sebelum melakukannya pada gaun sebenar.

“Saya gunakan tisu kira-kira sepanjang dua meter bagi menghasilkan gaun ini dan saya begitu teruja diberikan kepercayaan ini,” ujarnya.

Gaun indah


Anthony dan Shervyn teruja menjadikan majlis perkahwinannya sebahagian daripada pelancaran produk tisu baharu Vinda Deluxe.


Nurita tidak pernah menyangka kertas tisu seperti itu boleh digunakan untuk mereka persalinan gaun indah.

Pada hematnya, teknologi tenunan fiber pada tisu Vinda Deluxe menjadikannya bukan sahaja lembut malah kuat.

“Istimewanya tisu Vinda Deluxe ini membuatkan saya berasa seolah-olah seperti sedang menggunakan fabrik lembut, tidak ubah seperti kain kapas namun prosesnya memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana ia begitu rapuh.

“Saya sangat teruja dapat bersama-sama pasangan ini mencipta kenangan terindah dan menghasilkan gaun perkahwinan tisu yang pertama seumpamanya.

“Terharu rasanya melihat Shervyn kelihatan gembira dan anggun sekali ketika memakai gaun ini, ” tambahnya lagi.

Rakyat Malaysia boleh menyaksikan sedutan kisah kehidupan pasangan pengantin baharu itu di laman rasmi Vinda Malaysia di www.vinda.com.my/thewedding.

Pada 13 September lalu, video penuh yang memaparkan kisah mereka menjelang hari perkahwinan telah disiarkan.

Kesempatan itu tidak dilepaskan gadis dari Kapar, Klang, Nur Suraya Ali, 26, kerana turut teruja untuk menyaksikan proses penghasilan gaun perkahwinan daripada tisu itu.

Pelajar jurusan seni reka fesyen di salah sebuah universiti swasta di Lembah Klang itu pada awalnya meragui keteguhan gaun tersebut.

Sungguh pun demikian, setelah menonton babak-babak romantis pengantin itu, Nur Suraya mengakui dirinya begitu terpesona.

“Semasa menonton tayangan tersebut, saya terasa sangat sayu kerana melihat betapa romantisnya momen perkahwinan mereka.

“Lihat sahaja betapa menawannya gaun pengantin itu membuatkan saya juga mahu memakai busana tersebut pada majlis perkahwinan saya nanti.

“Ia sungguh cantik. Saya tak sangka gaun secantik itu diperbuat daripada tisu,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Sebagai seorang pelajar jurusan seni reka fesyen, gaun tersebut dilihat mampu dijadikan sumber inspirasi baginya untuk menghasilkan aneka busana baharu daripada material yang pelbagai.

Tambahnya, ia secara tidak langsung menyuntik semangatnya untuk lebih kreatif dan kritis dalam menghasilkan rekaan busana baharu.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31