TERKINI

Guru pusat tahfiz maut kebakaran selepas seminggu bernikah

Guru pusat tahfiz maut kebakaran selepas seminggu bernikah

14/09/2017 4:02pm


Mohd. Amirul Nizam


KUALA LUMPUR - Tiada yang lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman, apabila suami yang baru dinikahinya minggu lepas pergi buat selamanya selepas maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Suaminya, Mohd. Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.

Bagaimanapun, wartawan gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah, 23, berhubung tragedi itu.

Beliau menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sementara itu, ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian berkata, pemergian Allahyarham amat memberi kesan terhadap keluarganya.

"Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya di Kelantan minggu lepas," kata beliau. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31