TERKINI

Lelaki hadapi 44 pertuduhan kes skim pelaburan tipu

Lelaki hadapi 44 pertuduhan kes skim pelaburan tipu

14/09/2017 2:58pm


Aravind Singh (dua dari kiri) menghadapi 44 pertuduhan tipu pelaburan yang tidak wujud di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.


SEREMBAN - Seorang lelaki berusia 23 tahun berhadapan 44 tuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan melakukan penipuan menerusi skim pelaburan Focus Capital Growth yang tidak wujud.

Tertuduh, Aravind Singh Sarjit Singh yang didakwa melakukan kesalahan itu antara Mac hingga Jun lalu bagaimanapun mengaku tidak salah sebaik semua pertuduhan dibacakan keatasnya.

Semua pertuduhan yang dihadapinya itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Zaki Abd Rahman.

Terduduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, Aravind Singh didakwa dengan curang menipu dua mangsa, V. Vekneswaran, 26, dan S. Dievendran, 28, bagi menyertai pelaburan Focus Capital Growth.

Wang dimasukkan ke dalam akaun tertuduh oleh mangsa secara atas talian di Seremban dan Nilai dekat sini antara Mac hingga Jun lalu menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM68,000. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47