TERKINI

DIKEMASKINI: Pelajar terselamat sempat pulang ke rumah sebelum kebakaran

DIKEMASKINI: Pelajar terselamat sempat pulang ke rumah sebelum kebakaran

14/09/2017 1:22pm


AZMAN


KUALA LUMPUR - Salah seorang pelajar yang terselamat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi sempat pulang ke rumahnya di Ampang, Selangor semalam.

Muhammad Ashraf Azman, 11, yang mula memasuki pusat tahfiz itu pada Julai lalu dibawa pulang oleh bapanya, Azman Endan, 40, selepas mendapati anaknya mengalami alahan pada kulit.

Menurut bapanya, dia membawa pulang Ashraf selepas menziarah anaknya itu semalam.

"Saya meminta kebenaran daripada pengurusan pusat tahfiz bagi membawanya pulang untuk dirujuk ke hospital," katanya ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 46