TERKINI

DIKEMASKINI: Pelajar jatuh daripada tingkap cuba selamatkan diri

DIKEMASKINI: Pelajar jatuh daripada tingkap cuba selamatkan diri

14/09/2017 12:47pm


Nurhayati


KUALA LUMPUR- "Saya nampak ada pelajar jatuh daripada tingkap cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran," demikian cerita seorang penduduk yang menyaksikan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, di sini awal pagi tadi.

Nurhayati Abdul Halim, 46, yang tinggal bertentangan dengan pusat tahfiz itu bangun pagi terdengar bunyi bising di luar rumahnya kira-kira pukul 5 pagi.

Katanya, sejurus membuka pintu dia terus melihat api yang sedang marak.

"Saya dengar ustaz dan para pelajar menjerit meminta tolong dan cuba menyelamatkan diri daripada tingkat atas.

"Saya hanya mampu menangis sahaja kerana tidak mampu membantu," katanya ketika ditemui Kosmo di sini hari ini.

Setakat 12.30 tengah hari tadi, seramai 22 pelajar dan dua guru dilaporkan maut dalam kebakaran berkenaan. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 32