TERKINI

Rasuah: Pekebun haram dijatuhkan hukuman penjara sehari, denda RM10,000

Rasuah: Pekebun haram dijatuhkan hukuman penjara sehari, denda RM10,000

14/09/2017 12:27pm


Tertuduh (tengah) mengaku bersalah beri suapan kepada pegawai MKN.


KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM10,000 kepada seorang pekebun bunga kekwa di Cameron Highland kerana merasuah seorang Pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua tahun lalu.

Tertuduh, Chin Peng, 49, mengaku bersalah di hadapan Hakim, Datuk Habibah Mohamed Yusuf selepas pertuduhan di bacakan ke atasnya.

Bapa kepada empat orang anak itu didakwa kerana cuba memberikan suapan sebanyak RM2,000 kepada Sanifah Yusof sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan pembersihan terhadap kebun yang diusahakannya secara haram dan tanpa permit di Hutan Simpan Ringlet, Cameron Higlands.

Tertuduh, telah melakukan kesalahan berkenaan pada 10 April 2015 kira-kira pukul 9.15 pagi di Vintage Tea Lounge, Hotel Heritage, Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama. - K!ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31