TERKINI

Penjual burger didakwa rogol dua anak kandung sendiri

Penjual burger didakwa rogol dua anak kandung sendiri

14/09/2017 11:56am


Tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


JOHOR BAHRU - Seorang penjual burger dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan merogol dua anak perempuan kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Muhammad Khalid Ab. Karim.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan jijik itu ke atas dua anaknya berusia 13 dan 15 tahun (ketika kejadian) di rumah mereka di salah sebuah pangsapuri di Skudai di sini antara awal tahun 2013 hingga Ogos lalu.

Tertuduh didakwa atas 12 pertuduhan mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap anaknya sendiri yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 kerana melakukan gangguan seksual bukan fizikal ke atas anaknya yang berusia 13 tahun yang dibacakan bersama Seksyen 376 B. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 360