TERKINI

DIKEMASKINI: Saksi dengar jeritan mangsa kebakaran pusat tahfiz

DIKEMASKINI: Saksi dengar jeritan mangsa kebakaran pusat tahfiz

14/09/2017 11:41am


Saksi yang tinggal berhampiran pusat tahfiz berkenaan cuba membantu menyelamatkan mangsa.


KUALA LUMPUR -"Panas...panas...abang tolong panas!" Jeritan pelajar tahfiz itu terngiang-ngiang di ingatan Shahirman Sharil yang menyaksikan sendiri kebakaran di pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, di sini awal pagi ini.

Shahirman, 39, yang tinggal berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata, beliau mendengar jeritan para pelajar pusat tahfiz itu kira-kira pukul 5 pagi.

"Saya melihat keadaan di luar masih gelap kecuali api yang marak di tingkat tiga pusat tahfiz berkenaan. Saya bersama penduduk lain cuba membantu mengeluarkan mereka," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Shahriman, beliau dan jiran-jiran kemudiannya mengarahkan beberapa pelajar terjun dari tingkat tiga.

"Kami cuba menyambut mereka, ada yang melecur. Kami cuba bantu apa yang perlu sebelum menunggu ketibaan bomba untuk memadam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 63