TERKINI

DIKEMASKINI: Kesemua mayat mangsa pusat tahfiz ditemui dalam keadaan rentung

DIKEMASKINI: Kesemua mayat mangsa pusat tahfiz ditemui dalam keadaan rentung

14/09/2017 11:19am


Mayat ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat dua pusat tahfiz tersebut.


KUALA LUMPUR - Kesemua 24 mayat yang ditemui di tingkat dua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung di sini rentung dan bertindih antara satu sama lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, mayat ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat dua yang menempatkan 36 pelajar tersebut.

"Penyiasatan awal mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kesukaran untuk melarikan diri.

"Kami mendapati bahawa hanya terdapat satu pintu masuk sahaja dan mangsa cuba menyelamatkan diri melalui tingkap tetapi tidak berjaya kerana mempunyai jeriji," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Tambah Amar, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan tidak menafikan kemungkinan berlakunya litar pintas yang menyebabkan kebakaran. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47