TERKINI

Bazir dana di luar negara tanggapan salah Najib

Bazir dana di luar negara tanggapan salah Najib

14/09/2017 12:03pm


NAJIB


WASHINGTON DC - Tanggapan kononnya Malaysia membazir dana, terutama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional, di luar negara adalah tidak betul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ada pihak yang cuba memesongkan fakta seolah-olah Malaysia menyumbang dana kepada Amerika Syarikat tanpa mendapat pulangan.

"Saya nak jelaskan, kerana orang yang 'spinning' seolah-olah kita pula nak 'contribute' dan tidak dapat apa-apa 'in return'. (Itu) tak betul.

"Sebab (contohnya) kita beli pesawat Boeing kerana kita nak jadikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan yang kompetitif. Bila orang lain ada (pesawat) Dreamliner, kita pun kena ada," katanya.

Najib bercakap kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari di sini Rabu, dengan fokus lawatan ialah pertemuan beliau dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada Selasa.

Menurut Perdana Menteri, langkah seperti itu adalah untuk melaksanakan transformasi terhadap syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Kata Najib, begitu juga apabila KWSP melabur di Amerika, mereka akan mendapat pulangan yang besar dan memberi dividen kepada pekerja di Malaysia.

"Justeru, ia bukan satu hala, mereka pesongkannya seolah-olah saya datang sini nak membeli pengaruh Amerika Syarikat. Ini satu lagi pemesongan yang sangat negatif yang tak betul sama sekali," katanya. Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47