TERKINI

Mayat lelaki mereput ditemui di jeti Batu Pahat

Mayat lelaki mereput ditemui di jeti Batu Pahat

14/09/2017 10:46am


Mayat ditemui terapung orang awam yang berada di kawasan kejadian.


JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki yang sedang mereput ditemui terapung di sebuah jeti di Jalan Shahbandar, Batu Pahat, dekat sini, semalam.

Penemuan tersebut dilaporkan pada pukul 10.18 pagi oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pemeriksaan ke atas mayat menemukan sebuah beg mengandungi telefon bimbit, kad bank dan pelbagai dokumen peribadi.

"Mangsa yang didapati sudah berkahwin itu dikenali sebagai Ang Song Chiew, 38, berasal dari Jalan Tukas 4, Taman Soga, Batu Pahat.

"Dia dipercayai tergelincir ketika berada di tepi jeti berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Wahib berkata, mayat telah diserahkan kepada keluarga mangsa setelah melalui proses bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47