TERKINI

Najib tunai janji, Trump desak keganasan Rohingya dihenti

Najib tunai janji, Trump desak keganasan Rohingya dihenti

14/09/2017 10:05am


Najib (kanan) berjaya membangkitkan kesedaran Trump (kiri) berhubung krisis di Rohingya.


WASHINGTON DC - Amerika Syarikat bersetuju mengeluarkan kenyataan keras berhubung keganasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar setelah diberi gambaran sebenar situasi krisis berkenaan oleh Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berjaya membangkitkan kesedaran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung krisis itu.

"Apabila saya perjelaskan kepada Trump tentang apa yang berlaku dan implikasinya, beliau telah mengarahkan supaya dikeluarkan satu kenyataan supaya keganasan terhadap Rohingya dhentikan," kata Najib kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya dari 11 hingga 13 September.

Menurutnya, Trump juga telah mengarahkan pegawai-pegawainya mengkaji bentuk bantuan kemanusiaan yang boleh disalurkan kepada mangsa keganasan itu.

Perdana Menteri berkata, Amerika Syarikat tidak mungkin akan bertindak sedemikian tanpa Malaysia membawa isu itu kepada perhatian Presiden Trump dalam pertemuannya dengan pemimpin Amerika Syarikat di Rumah Putih pada Selasa.

"Sebelum ini saya tidak fikir kenyataan seperti itu akan dikeluarkan tanpa sumbangan (input) dari Malaysia dalam pertemuan tersebut untuk membawa isu ini ke tengah seperti mana janji saya kepada rakyat Malaysia.

"Jadi saya telah tunaikan janji untuk bawa isu ini kepada Presiden Trump," kata Najib.

Sebelum bertolak ke Amerika Syarikat, Perdana Menteri ada berjanji untuk membangkitkan isu penindasan terhadap masyarakat Islam Rohingya ke pengetahuan pemimpin negara kuasa besar itu.

Selepas pertemuan kedua-dua pemimpin di Rumah Putih, Washington dan Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan bersama mendesak supaya keganasan terhadap masyarakat Rohingya dihentikan. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 484