SUKAN

Van der Mark ganti Rossi di GP Aragon

Van der Mark ganti Rossi di GP Aragon


VAN DER MARK akan beraksi pada GP Aragon bagi menggantikan Rossi yang terpaksa menjalani proses pemulihan kecederaan tibia dan fibula akibat kemalangan.


LONDON – Penunggang Superbike Dunia, Michael van der Mark akan menggantikan Valentino Rossi untuk mewakili Movistar Yamaha pada perlumbaan Kejuaran Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Aragon, Sepanyol memandangkan pelumba Itali tersebut masih memerlukan masa untuk pulih daripada kecede­raan patah kaki.

Minggu lalu, Rossi terlepas perlumbaan di laman sendiri di Litar Misano ekoran kecederaan tibia dan fibula yang dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi latihan dan kemungkinan menyebabkannya kehilangan gelaran juara dunia musim ini.

Situasi sama pernah dialami pelumba ve­teran tersebut apabila terpaksa berehat selama 40 hari dan kini penyertaannya pada GP Jepun di Litar Motegi bulan depan masih lagi menjadi teka-teki.

Buat masa ini, van der Mark akan mencuba nasib mewakili pengeluar Yamaha pada MotoGP buat kali pertama apabila beralih daripada pasukan Superbike Yamaha bagi menggantikan Rossi.

“Saya gembira diberikan peluang untuk berlumba dengan jentera YZR-M1 pada aksi GP Aragon. Saya tak pernah berlumba pada ­MotoGP sebelum ini dan ia akan menjadi satu pengalaman berharga buat saya.

“Saya teruja untuk mengetahui rasa menunggang jentera ­MotoGP. Saya sedar bahawa ia bukan mudah kerana saya perlu menjalani sesi latihan rasmi tanpa sebarang ujian terlebih dulu.

‘‘Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih kepada Yamaha kerana memberi pe­luang ini. Saya pasti ia akan menjadi pengalaman yang hebat,” ujarnya. – AGENSI

Process time in ms: 31