SUKAN

Bengang aksi United ala PlayStation

Bengang aksi United ala PlayStation


MOURINHO langsung tidak tertarik dengan corak permainan United yang begitu santai pada separuh masa kedua di Old Trafford awal pagi semalam.


MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendakwa, barisan pemain-pemain cuba ‘membahayakan’ kemenangan pertama pada aksi Liga Juara-Juara ke atas Basel apabila bermain seolah-olah corak permai­nan bola sepak ala PlayStation.

Awal pagi semalam, United membuat kemunculan semula bermain pada kejohanan berprestij Eropah itu dengan me­rakamkan kemenangan 3-0 di Old Trafford.

Pun begitu, Mou­rinho dilihat be­ngang kerana langsung tidak tertarik dengan corak permainan anak-anak buahnya ter­utama pada separuh masa kedua permainan.

“Kami begitu stabil sebelum mendahului 2-0, kami bermain dengan penuh keyakinan tetapi selepas mendahului, ia mula ber­ubah.

“Kami berhenti bermain de­ngan serius dan tidak membuat keputusan yang tepat,” katanya.

Pengendali kelahiran Portugal itu menambah, para pemain The Red Devils seolah-olah mahu mele­takkan diri mereka dalam bahaya.

“Kami diibaratkan seperti bermain bola sepak fantasi atau bola sepak ala PlayStation. Saya tidak tahu jika perbezaan jaringan itu punca sikap mereka sedemikian.

“Sepatutnya United harus hormati lawan. Kami hilang posisi, rentak dan bola dalam situa­si mudah dan pemain-pemain kami terlalu santai,” jelas Mourinho. – AGENSI

Process time in ms: 31