NEGARA

Keghairahan memancing bertukar tragedi

Keghairahan memancing bertukar tragedi


PASUKAN paramedik memeriksa mayat mangsa yang ditemui lemas di Sungai Sarawak, Kuching kelmarin.


KUCHING – Keghairahan seorang lelaki memancing ikan di Sungai Sarawak berhampiran Masjid Terapung di sini berakhir tragedi apabila dia ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai itu kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Drahman Spawi, 35, yang berasal dari Kampung Sungai Bedil dikatakan terjatuh dari tebing sungai tersebut ketika dia bersama seorang rakannya sedang memancing.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, rakan mangsa yang menye­dari lelaki tersebut terjatuh kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31