NEGARA

Rampas dadah bernilai RM5.3j

Rampas dadah bernilai RM5.3j


MOHD. MOKHTAR (tengah) menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam serbuan di tiga buah negeri pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan tiga sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah, Kelantan dan Kuala Lumpur melibatkan nilai rampasan lebih RM5.3 juta baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sembilan individu berusia 23 hingga 42 tahun turut ditahan dalam operasi yang disertai Pasukan Petugas Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) itu.

“Dalam operasi pertama pada Isnin lalu di Kedah, polis menahan dua lelaki tempatan dalam dua serbuan di sekitar Changlun dan merampas 87.4 kilogram (kg) ketulan berisi daun kering disyaki ganja bernilai RM262,000.

“Operasi kedua pula dilakukan di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pasir Puteh di Kelantan awal pagi kelmarin yang mana lima individu termasuk dua wanita tempatan ditahan selain merampas 66.34kg dadah disyaki syabu, 26 biji pil kuda dan 10 erimin5 bernilai RM5 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31