NEGARA

Presiden Singapura mahu terus tinggal di flat Yishun

Presiden Singapura mahu terus tinggal di flat Yishun


INILAH kediaman Halimah yang terletak di tingkat enam sebuah flat awam di Yishun.


SINGAPURA – Bekas Speaker Parlimen, Halimah Yacob bukan sahaja melakar sejarah sebagai wanita pertama menyandang jawatan Presiden Singapura malah beliau juga merupakan presiden pertama yang akan tinggal di sebuah flat awam sepanjang tempoh penggalnya.

Selepas diisytiharkan sebagai Presiden Singapura kelapan semalam, Halimah, 63, berkata, beliau dan keluarganya tidak akan berpindah dari flat mereka di Yishun.

“Saya akan terus tinggal di Yishun,” kata beliau ketika ditanya mengenai kediaman baharunya selepas bergelar Presiden Singapura.

“Tempat (flat) itu amat bagus dan selesa. Saya tinggal di sana sejak sekian lama,” tambahnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47