KOMUNITI KITA

24 bekas pelajar SMK Seri Bedena bertemu semula pada usia 50 tahun

24 bekas pelajar SMK Seri Bedena bertemu semula pada usia 50 tahun


Seramai 24 bekas pelajar SMK Seri Bedena sesi 1980-1984 bergambar kenangan semasa menghadiri program ‘Pautan Kasih D’Ambang Usia 50’ di Denai Impian Chalet, Teluk Batik, Perak, baru-baru ini.


ERAT SILATURAHIM. Seramai 24 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bedena sesi 1980-1984 menghadiri program Pautan Kasih D’Ambang Usia 50 di Denai Impian Chalet, Teluk Batik, Perak, baru-baru ini.

Penyelaras program, Mohd. Azman Ramli berkata, menariknya pertemuan kali pertama yang turut dihadiri dua orang bekas guru sekolah tersebut itu dibuat pada usia mereka 50 tahun.

“Alhamdulillah akhirnya selepas lapan bulan merancang dan dengan bantuan media sosial, kami berjaya menemukan semula sebahagian bekas pelajar setelah terpisah selama 33 tahun,” katanya.

Pertemuan turut disertai kira-kira 100 orang ahli keluarga bekas pelajar itu.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47