TERKINI

Bangunan usia ratusan tahun hampir musnah terbakar di George Town

Bangunan usia ratusan tahun hampir musnah terbakar di George Town

13/09/2017 8:57pm


Kebakaran yang berlaku ke atas rumah kedai tersebut yang terletak dalam bangunan berusia ratusan tahun. - Foto media sosial


GEORGE TOWN - Dua rumah kedai dua tingkat di bangunan berusia ratusan tahun (bangunan sebelum perang) di Jalan Pintal Tali, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Azmi Ahmad berkata kebakaran pada pukul 2.19 petang itu menyebabkan dua kedai pendingin hawa terbabit musnah sepenuhnya.

"Enam jentera bersama 34 pegawai dan anggota mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan sebelah," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 5 petang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya.

Semalam, tiga unit kedai yang terletak dalam Kawasan Tapak Warisan Dunia George Town di Jalan Pinang di sini musnah dalam kebakaran pada 9.43 pagi. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 47