TERKINI

Kerajaan dicadang lanjut tempoh cuti bersalin pekerja wanita

Kerajaan dicadang lanjut tempoh cuti bersalin pekerja wanita

13/09/2017 5:25pm


Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Seorang peguam mencadangkan kerajaan agar mengkaji semula tempoh cuti bersalin pekerja wanita bagi memastikan tenaga kerja berkualiti golongan berkenaan dapat diteruskan.

Peguam S. Dharmen berkata tempoh cuti bersalin selama 90 hari bagi kakitangan wanita yang bekerja di sektor kerajaan dan 60 hari bagi sektor swasta yang telah digunapakai hampir 30 tahun itu dilihat kurang relevan untuk diteruskan lagi pada masa kini.

"Kalau kita lihat di negara-negara maju seperti United Kingdom, cuti bersalin pekerja wanita lebih lama. Mereka juga menawarkan gaji penuh untuk cuti bersalin bagi enam bulan pertama, separuh gaji bagi enam bulan berikutnya dan cuti tanpa gaji selepas setahun.

"Langkah yang diambil oleh negara-negara maju itu boleh dilaksanakan di negara ini, dengan mengambil kira faktor 'hubungan' antara ibu dan bayi yang baru lahir," katanya ketika ditemui selepas Konvensyen Industri Meca Ke-13, di sini hari ini.

Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini disertai pelbagai individu yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang pekerjaan termasuk pengamal sumber manusia, ahli perniagaan dan pengurus syarikat.

Terdahulu, Dharmen yang merupakan salah seorang speaker dalam konvensyen berkenaan menerangkan topik berkaitan Akta Pekerja 1955.

Kata beliau, jika tempoh cuti bersalin dilanjutkan, ia sekali gus akan mengelakkan pekerja wanita berkenaan mengambil cuti berlebihan atau berhenti bekerja dengan alasan menyusu anak.

Dalam pada itu, Dharmen turut menggalakkan para majikan agar memberi kelonggaran kepada kakitangan wanita melanjutkan tempoh cuti bersalin selain menyediakan kemudahan ruangan mereka menyusu badan di bangunan-bangunan pejabat. - Bernama

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31